CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 26 November 2008

KASIHAN KEPADA HINDUN...DIA BUKAN PEMAKAN HATI SAYYIDINA HAMZAH

salam sejahtera kepade kengkawan mayaku....walau kite tak bertemu..namun ukhuwah tetp terjalin selalu...yer dop..hehe..persis ibarat kedua belah mata..mereka saling tidak dapat melihat antara satu sama lain..malah tidak mampu berjabat tangan apatah lagi bertegur sapa..namun..mereka berkelid bersama..menangis bersama...bgitulah sepatutnya hubungan kita......ibarat TV 9...dekat di hati(eh..ape aku merepek nie..hehe)

sebagai penyandang title bakal ustaz sir dan penulis buletin y tak bertauliah paling kontroversi..aku ingin postkan satu lagi artikel baru..berkenaan dgn satu kisah tragis dalam lembaran sirah nabi.....saw...

iaitu kisah hati sayyidina hamzah...

umumnye owang cite..buku2 pun tulis..bahawa hatinya dimamah oleh hindun....

tapi sedarkah korang bahaw ini adalah satu lagi kisah bohong lagi palsu dan memalsukan..tidak ada yang palsu dalam hal cite ni melainkan memang ianya palsu sepalsu kepalsuan belaka yang nyata palsunya...(taukid di kesemua kalimah palsu yer....hehe..saje nak test nahu lughah arab korang bebudak watan dn juga kawan2 seperjuangan frens skalian..kut2 lupe...)

hal ini kerana skali lagi aku tekankan bahawa sanadnya amatlah meragukan dan jelas selepas korang tau darihal perawi yang meceritakan cite ni...klu korang percaye gak..maka terlalu amat bangang dan keraslah hati korang kerana mempercayai satu berita palsu yg tiada nilai di sisi sirah rasulullah saw kita yang mulia.

pendek cite..kisah ni diriwayatkan oleh ibnu ishak..(die ni lagi....die nie syiah...)

Ibnu Ishaq mendakwa riwayat ini diambilnya dari Saleh Bin Kaisan. Siapakah Saleh Bin Kaisan itu? Beliau ialah seorang tabi’i kecil dan tsiqah (perawi yang boleh dipercayai) tetapi beliau adalah kelahiran selepas 70H dan meninggal dunia pada tahun 140H. Dia lebih tua sedikit dari Muhammad Bin Ishaq sedangkan peristiwa peperangan Uhud telah berlaku 70 tahun sebelum kelahirannya. Siapakah pula yang menceritakannya kepada Saleh? Tentu sekali beliau bukan merupakan penyaksi peristiwa itu dengan mata kepala sendiri. Sudah tentu sekurang-kurangnya seorang yang ‘ghaib’ dalam isnad ini menjadikannya riwayat munqati’. Sepertimana dimaklumi riwayat munqati’ tidak boleh diterima (sebagai hujah).

Sebenarnya Saleh Bin Kaisan tidak pun meriwayatkan kisah ini. Ibnu Ishaq sahaja yang mengaitkannya dengan Saleh. Selain dari Ibnu Ishaq tidak ada sesiapapun mengambil cerita ini baik dari Saleh Bin Kaisan atau orang lain sepanjang pengetahuan sejarah. Di antara sekian ramai anak murid Ibnu Ishaq pula, tidak ada yang meriwayatkan cerita ini darinya selain Salamah al-Abrasy. Kemudian tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Salamah al Abrasy selain Muhammad Bin Humaid ar Razi. Seterusnya tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Muhammad bin Humaid ar Razi selain dari Ibnu Jarir at Thabari.

Thabari meninggal dunia pada tahun 310H. Ini bermakna dari tahun 70H hingga tahun 310H, disetiap peringkat hanya ada seorang sahaja yang meriwayatkan kisah ini, seolah-olah ia suatu perkara yang sulit dan perlu dirahsiakan hanya boleh diterima dari setiap generasi, seorang sahaja!

Sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku dan ia mempunyai saksi yang melihatnya dengan mata kepala, tentu sekali ia tersebar lebih awal dari itu dan sepatutnya perawi-perawi cerita ini semakin ramai dari satu generasi ke generasi selepas itu. Terbuktilah bahawa kisah inni tidak popular kecuali setelah masyarakat Islam menerima apa sahaja riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dan at Thabari dengan membuta tuli. Kisah ini sebetulnya tidak diketahui oleh sesiapapun sebelum tahun 70H.

maknanya dari tarikh berlakunya perang UHUD...sampai 70 tahun lepas tu...TAK PERNAH SORANG PUN CAKAP TENTANG HAL NI...CITE NI TETIBE JE TIMBUL 70 TAHUN SLEPAS PERISTIWA UHUD..SELEPAS TAKDE SOWANG PUN Y MENYEBUTNYE...

TAK KAN PELIK...?

0 ulasan: